Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, daripada jumlah itu sebanyak enam syarikat telah ditarik balik taraf sijil Halal mereka oleh panel pengesahan Halal JAKIM dan tidak dibenarkan menggunakan logo Halal di premis atau produk mereka.
“Pemantauan tersebut dibuat ekoran pihak Jakim menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung penyalahgunaan logo dan juga sijil halal,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan kad kuasa pelantikan penolong pengawal perihal perdagangan kepada pegawai Jakim di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 di sini hari ini.
Beliau menambah 23 syarikat lagi telah dikembalikan sijil Halal selepas panel pengesahan Halal JAKIM berpuas hati dengan tindakan pembetulan syarikat terbabit sebagaimana diarahkan, manakala 22 syarikat lagi masih dalam tindakan pembetulan.
JAKIM telah melakukan sejumlah 1,384 pemantauan di seluruh negara sepanjagn tahun 2010, melibatkan 1,077 bagi kategori produk makanan, 267 premis makanan di hotel dan restoran, 38 rumah sembelih dan dua bagi kawasan gudang.
Diadaptasi dari Bernama dan Utusan